Thursday, October 21, 2010

Debaran Kian Terasa..Counting Day...

Alhamdulillah..lagi 8 hari lagi aku akan bernikah...semoga semua nya berjalan dengan lancar...tnpa halangan...semoga Allah permudahkan segala urusan kami...
aku berdoa..aku akan kecapi kebahagiaan seperti insan2 lain..
Ya Allah..aku mohon restuMu..berkatilah mjlis ini...dan semoga pernikahan ni berkekalan dunia akhirat...

MOHD FAIDZHUL ROSLAN & NURUL SHUHADA HAMDAN

Saturday, September 18, 2010

Raya 2010...lebaran yang sgt bermakna dalam hidupku...

Alhmdulillah...hari ni dah msk 9 syawal umat Islam meraikan hari raya...
dan Alhamdulillah juga...raya thn ni raya y cukup bermakna buat diri aku sndiri...
kerana raya thn lepas byk peristiwa pahit dalam hdp aku...
dan ini lah tahun terakhir aku braya sebagai org bujang,,,
Dan syukur gak raya thn ni aku dapat mgawal emosi ku dgn baik...dan bertahan selagi boleh...
raya thn ni aku x nak lihat ibuku menangis lagi...

seperti biasa pd hari raya pertama dan setiap tahun...aku dan keluargaku akan beraya ke kg ibuku di Nyalas Melaka,melawat nenek yang sudah uzur...dan x mampu utk tersenyum seperti biasa...
raya kedua pula ke kg ayahku...di Lubuk Cina Melaka..melawat adik bradik ayah ku di sana..dan melihat umah usang arwah datuk dan wan di mamah usia...
raya ketiga lak aku buat open house...mak wat mehun sup n soto...aku jmput kwn2, tunang n family dia juga saudara2 dr kg...raya ketiga aku x kuar ke mana...hanya tgu org2 dtg beraya...raya keempat bru aku dan kwn2 beraya umah kwn2 dr umah ke umah...
raya kelima aku dah gerak balik damansara...bersama kakak n anak2 buahku...
ptg raya keenam aku blk balik ke jelai bersama Rko utk fitting baju snding...cuma nasib x berapa baik kami lewat smpai n x dpt nk tgok baju sanding tu...hari khamis iaitu pd raya ketujuh bru aku n Rko g tmpah kad kwin...wlupn agak lewat kami tempah..tp alhamdulillah...sume nya bjalan dgn lancar...
Hari jumaat bru aku n Rko gerak blk damansara..dan aku anta Rko n adik dia Debot ke puchong...hingga aku sesat lps anta diorg..ntah mcm mana trus smpai ke kota kemuning...seb bek kebetulan abg aku abat duk situ...so aku trus g umah dia anta brg2 hantaran skali...

berbincang dgn akak ipar aku kak ida..tntg persiapan utk wat hantaran...abg aku bising gak coz aku lmbat bg brg hantaran..tp apa nak buat..klu xde duit byk benda x dapat buat...hasil perbincangan tema yg kami tetapkan tema hantaran wrna Hijau + Putih...hope akak ipar aku dpt buat yang terbaik...InsyaAllah...



Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam...
Semoga di lebaran ini nti mnjanjikan kebahagiaan buat kita semua..
Merapatkan silaturahim antara kita...InsyaAllah...

Friday, September 3, 2010

Pertemuan Part 2

Hurm..sape kata bercinta tu semudah yang kita jangka..melainkan kita dan pasangan kita punya impian yg sama..
tp kita ditakdirkan dr latar belakang yang berbeza..jd byk yang kita x th tntg sejarah hdp psngn kita...juga dia pn x th sejarah hidup kita..


x smpai smgu kitorg berkenalan aku mula sngsi dgn hubungan yg bakal aku bina..benar kah dia serius dgn aku..aku x nk buang masa dgn bercinta yg tiada kesudahan yang pasti..coz aku dah byk kali gagal dlm bercinta..


aku ingat lg 10hb sept  2006, Rko dtg jumpa aku dgn sepupunya..utk terangkan hubungan kami yg sbnr..aku th dia nk ceritakan siapa dia sbnr nya..dan kehidupan dia..slps dia mnceritakan perjalanan hdp dia yg pnh kesukaran n kesusahan...dia takut bila aku bersama dia..aku mngalami nasib yang sama..mgkin aku dah mula ada perasaan syg kat dia..aku nekad utk lalui ujian yg datang..sama ada kptsn yg aku buat ni btl or x..aku hanya mampu berserah..
if u love me like u said..prove to me..and that your love is true..say u love me and hold my hand..tell me that you'll always be my man..


Kami ambil kptsn utk teruskan hubungan ni..Rko pnh ckp..kita bergerak lah ikut perjalanan takdir..
Hanya mampu aku ucapkan..semoga akan ada sinar kebahagiaan buat kami berdua..tak sabar menanti hari esok,tak sabar menanti detik2 perjumpaan kita yang seterusnya..tak sabar utk mencipta segala kenangan yang terindah...insyaAllah...


27hb october 2006, bersamaan 4 syawal..1st lebaran yang aku smbut bersama family Rko...
dan keesokan harinya,ptg 28hb october..Rko ketemukan aku dgn bapa saudaranya yg dipgil 'pakcik',
dia ajak kami ke satu tmpat utk berbincang..x pasti utk apa..tp dpt rasa mgkin tntg hubungan aku dan Rko..
Pkcik mgajukan soalan seperti aku sdg di interview..(sbb tu aku ckp..perkenalan aku dgn Rko agak unik..korang pnh ke kena interview sblm dibenarkan bcinta?...) pkcik bg th aku Rko seorg pemuda yg sgt berbeza...Pkcik didik dia dr kecil dgn didikan agama..bagaikan ayah Rko..dan diorg ada misi..aku x pasti misi yg dimaksudkan..yang pkcik jelaskan kat aku..sebelum aku amik Rko dr dia..biarlah dia mantap kan Akhlak dan Akidah Rko...cuma dalam hati aku berkata..adakah aku pnghalang nya?? itukan benda yg baik..knp aku perlu jd pnghalang..??pkcik silap menilai siapa diri aku...tp aku x dpt berkata2...depan dia mulut aku bagai terkunci..ye lah..ni 1st time aku jumpa dia..bckp dgn seorg lelaki yg aku x kenal..x kan aku nk ceritakan isi hati aku pd org lain??saat tu lah aku di gelar 'bisu'...hnya kerana aku x dpt nk bgth dia..why aku nk hdp bersama Rko..knp dia tnya soalan tu kat aku jer...?aku dpt rasa dia nk aku berundur..sblm sgala nya membawa kesusahan dlm hdp aku...


Lps pjumpaan aku dgn pkcik Rko...aku btnya Rko..why aku kena interview..dia kata..pkcik tu bagai ayah da..dia bentuk Rko dr kecil smpai dewasa...kira nya aku dah amik anak dia..mcm mnta izin lah...hurmm..


Hati...hati ni susah utk kita mgerti..aku sntiasa tfikir apa yg pkcik bgth kat aku...adakah ini 1 amaran??
Aku dan Rko akhirnya wat hubungan dgn senyap..Rko nak pkcik dia th kami hanya kawan..aku x setuju dgn permintaan Rko ni..tp apa perlu aku buat..ni je cara utk kami bersama...


So..setiap kali kami berjumpa..tempat pilihan kami adalah Seremban..pasti pelik kan?ni sume idea Rko..giler kan?sebulan skali kami pasti turun Seremban..naik bas lak tu...aku dr damansara ke central market..Rko lak dr klang ke central market..naik bus dr situ ke Seremban...dan aktiviti kami hanya tgk wayang n karaoke..bak kata Rko cara utk lepaskan tekanan berkerja...byk2 tempat Seremban gak tmpat utk kami bertemu...
dan Seremban gak saksi pertunangan x rasmi kami..idea ni datang secara tiba2..di dalam hati hanya Tuhan je yang tahu betapa gmbira saat tu..wlupan sekadar btunang x rasmi..tp aku akan ingat hari yang cukup bermkna buat kami..buat cinta kami..tarikh 1 Februari 2007 x kan dpt aku lupakan..


bersambung pertemuan part 3

Thursday, September 2, 2010

Happy Anniversary Tahun Yg Ke-4

Alhamdulillah..syukur kepada Tuhan..
Genap 4 thn dah aku bersama En.Rko..Biarpn berbagai ujian n rintangan yg datang..
Kami tempuhi dgn sabar..

Aku berdoa agar hubungan ini dilindungi Allah swt hendakNya..tnpa ganguan drpd mana2 pihak
yg dengki n iri hati dgn hubungan kami..

Fokus pada matlamat kami..fokus pada keluarga yg ingin kami bina..

Ya Allah...lindungi lah hubungan kami..hingga ke akhir hayat kami..amin...

Monday, August 30, 2010

INIKAH ERTI KEMERDEKAAN ?




Hatta,
setelah terjajah selama 40 dekad
setelah maruah dicalit penjajah
setelah hasil bumi dikaut pergi
dan setelah segalanya terasa rugi
baru kalian bangkit bersemangat…

Maka,
kini kau telah merdeka
kini kau telah mengecapi nikmatnya
kini kau telah sedar
dan kini kau tahu siapa kawan
siapa lawan …

Namun,
apalah ertinya merdeka
kalau kau tidak tahu mensyukurinya
apalah ertinya merdeka
kalau segalanya masih berkiblatkan penjajah
dan apalah ertinya merdeka
kalau kau masih tidak mahu berubah
tidak pun menjunjung kasih
jauh sekali mengenang budi.

Sesungguhnya,
biarpun masa berlalu pergi
masih ada esok untuk mencuba lagi
masih ada ruang untuk muhasabah diri
dan masih ada tempat untuk berdiri.

Pokoknya,
tanyalah diri
apalah ertinya merdeka
kalau hidup asyik bertekak
kalau hidup asyik bertuding jari
dan kalau hidup bagai musafir
yang masih tidak tahu arah berpergian
yang masih dangkal dalam keilmuan

Ingatlah
tanpa ilmu
hatta teknologi
mahupun jati diri
dan hanya tahu beretorik …
tidak mustahil kita
bakal dijajah lagi

Dan kalau begitulah jadinya...
Jangan dikesali lagi...
Kerana sudah banyak kali diingati, dan
Belajarlah daripada SEJARAH dan Nikmat Kemerdekaan

Friday, August 27, 2010

Nuzul Al-Quran



Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.



‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)



Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)


Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).