
Assalamualaikum...
Saya yakin, semua orang telah tahu tentang ciri-ciri pasangan yang telah digariskan oleh Islam untuk pemilihan jodoh. Apa yang perlu diperhatikan ialah, kecantikannya, keturunannya, hartanya dan juga agamanya. Dan dalam hadis tersebut menekankan, agar kita memilih pasangan yang beragama.
Sebenarnya, sewaktu kita memilih jodoh, kita bukan sahaja perlu fikirkan tentang masa depan hubungan kita berdua (secocok atau tak, sekufu atau tak, boleh ajak gaduh berunding atau tak), tetapi ada perkara yang lebih besar lagi yang perlu kita fikirkan iaitu : ANAK.
S: “Huh! Cepatnya nak fikir pasal anak? Relax la beb..kawin pun belum lagi”
J:”Hehe..betul tu! Tapi saya ada rasional yg kukuh mengapa perlu fikirkan soal masa depan anak semasa memilih jodoh”
Tahukah anda bahawa…
Bermulanya pendidikan anak, bukanlah sejak daripada kandungan ibu. Tetapi bermulanya pendidikan anak, ialah sewaktu kita mula memilih jodoh.
Sewaktu kita memilih jodoh, kita bukan sahaja menjawab soalan: Adakah dia teman hidup yang sanggup sehidup semati denganku?..Adakah dia akan sentiasa menemaniku sewaktu senang dan susah?
..Tetapi, kita juga perlu menjawab soalan-soalan ini:
• Adakah dia bakal menjadi bapa yang akan mendidik dan menasihati anak-anak ku?
• Adakah dia wanita yang bakal menjadi ibu kepada anak-anak ku?
• Adakah aku dan dia mampu memberikan contoh serta didikan yang sempurna kepada anak-anak kami agar mereka berjaya di dunia dan akhirat?
Hakikatnya..Pendidikan anak benar-benar bermula di saat ibu dan bapanya bersatu > kemudian, ia terus dididik dalam kandungan ibu > selepas itu, anak ini akan dibesarkan mengikut acuan kedua ibu bapanya daripada 7 tahun pertama, 7 tahun kedua, dan 7 tahun ketiga > sehinggalah ia sudah sampai umur untuk mendirikan rumahtangga.
Akhirnya, pendidikan anak akan terhenti apabila ibu & bapanya pula yang akan memilihkan pasangan yang sesuai untuknya. Maka proses di atas akan diulangi oleh anak tersebut kepada anak-anaknya pula. Dan ia terus berulang dan berulang, sehingga lahirlah generasi demi generasi yang berasal daripada 2 orang insan tersebut.
Bayangkan sekiranya akar umbi sebatang pokok tidak dijaga sempurna. Manakan mungkin pokok dapat menghasilkan dahan dan buah yang baik. Pemilihan jodoh ibarat akar umbi cerita ini. Sekiranya ia rosak, maka rosaklah seluruh generasi. Jika ia baik, maka baiklah seluruh generasi.
Rumusannya, berhati-hatilah ketika memilih jodoh. Mintalah bantuan daripada Allah swt dengan melakukan solat istikharah. Kerana HANYA Dia sahaja yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita dan zuriat kita.
Carilah pasangan yang soleh dan solehah. Daripada pasangan inilah, akan terlahirnya anak-anak yang soleh dan solehah. insyaAllah. Mudah-mudahan Allah swt memberkati hubungan kita dan melahirkan zuriat yang baik-baik daripada perkahwinan kita semua. Aamiin.
No comments:
Post a Comment