Wednesday, August 4, 2010

Kita Selalu Charge Bateri Handphone


Kita selalu charge bateri handphone. Lambat sikit charge, beginilah jadinya - keluar sign..Battery Low. Oleh sebab itu, boleh dikatakan hampir setiap hari kita charge bateri handphone.
Sama juga halnya iman. Iman yang ada dalam diri manusia adalah iman mengikut suasana. Adakalanya naik, adakalanya turun. Sebab itulah, iman kita juga perlu di”charge” setiap hari sama seperti bateri hp.
Apa kelebihannya kalau kita “charge” iman?
Berbalik kepada cerita bateri tadi. Apa akan jadi kalau kita tak charge bateri hp? Tentulah kita tak boleh buat panggilan atau terima panggilan. Panggilan yang kita terima setiap hari bukanlah hanya panggilan biasa, kadang-kadang ia adalah panggilan bernilai jutaan ringgit (cthnya: panggilan dari biz partner, panggilan dari client, panggilan dari syarikat yg menganjurkan peraduan dsb)
Nowadays, harga sebuah bateri hp bukan sahaja RM50, tetapi nilai sebuah bateri hp boleh jadi berjuta-juta ringgit. Kerana kita tahu nilai sebenar sebiji bateri hp, oleh sebab itulah, sebelum keluar rumah, kita akan pastikan bateri hp sentiasa full.
Begitu juga dengan iman. Jika kita tahu nilai iman, tentu kita akan lebih bermotivasi untuk men”charge”nya setiap hari. Nilai iman ialah walaupun ia hanya sebesar zarah, tetapi harganya di sisi Allah adalah syurga. Luasnya syurga ini adalah 10 kali ganda luasnya dunia. Jika kita ada harta sebanyak dunia sekalipun, tetapi akhirnya mati tanpa iman, maka kita tidak akan dapat syurga walaupun sekadar mencium baunya (nauuzubillahiminzaalik).
Di dalam sebuah hadis, Nabi saw bersabda:
Allah swt akan memerintahkan pada Hari Pengadilan, ” Keluarkanlah dari neraka jahannam semua mereka yang berkata Laaa ilaha illallah dan yang mempunyai iman walau sebesar zarah di dalam hatinya. Keluarkanlah semua mereka yang berkata Laa ilaaha illlallah atau mengingati Ku dengan pelbagai cara atau takut pada Ku pada bila-bila masa“
Itulah kelebihannya jika kita memelihara iman dan mempertingkatkan kualitinya pada setiap masa. Apabila iman kita sentiasa di”charge”, insyaAllah, peluang untuk mengakhiri kalam dengan kalimah Taiyibah adalah cerah.
Allah swt telah menjanjikan pelbagai nikmat dan ganjaran untuk mereka yang benar-benar beriman. Dalam Al Quran Allah swt sering berfirman: “Inna wa’dallahi haqqa” Maksudnya: Sesungguhnya janji Allah adalah benar. Maka, yakinlah pada semua janjiNya.
Bagaimana cara nak “charge” iman?
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda: Perbaharuilah iman kamu. Para sahabat bertanya; Wahai Rasulullah saw, bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda bersabda: Perbanyakkanlah mengucap kalimah Laa ilaaha illallah. (Hadis Riwayat Ahmad dan Tabrani)
Dalam maksud hadis ini, Rasulullah saw telah menyuruh kita memperbanyakkan ucapan kalimah Laa ilaaha illallah dan sebahagian ulama turut berpendapat, bukan sekadar mengucapkannya, malah menghayati maksudnya dan selalu bercakap tentangnya (kebesaran dan kekuasaaan Allah SWT).
Apabila kita selalu bercakap tentangnya, maka iman akan masuk ke dalam diri kita dan kita akan dipermudahkan olehNya untuk mentaati perintah Allah dan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad saw dalam kehidupan kita.
Mudah-mudahan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, kita tingkatkan lagi usaha dengan bersungguh-sungguh, untuk memperbaharui iman kita. Agar ia menjadi pemangkin kepada amalan kita dan penghalang diri daripada melakukan maksiat di bulan-bulan yang lain. Aamin.
Peringatan ini adalah untuk diriku,

No comments:

Post a Comment